Innocity@PSP

~ Innovative Creative Inspire Future Information Technology ~

Thursday 10 March 2011

Hari Ini Di Innocity

Perjumpaan mingguan, dihadiri oleh ahli-ahli berserta AJK. Perjumpaan membincangkan tentang "InnoRace". Aktiviti ini akan melibatkan ahli-ahli dan juga untuk melakukan kerja amal di sekitar Politeknik.


                                                             Tarikh : 2 April 2011
                                                             Masa : 7.30 pagi - 12 tgh hari
                                                             Tempat : Padang Politeknik Seberang Perai




                                                      Ketika Perbincangan 10 Mac 2011

Wednesday 2 March 2011

Innocity@Pantai Timur

Pada 25 hingga 27 Januari 2011 yang lepas, Unit Kumpulan Inovatif dan Kreatif (UKIK) telah mengadakan sesi lawatan kerja ke Petronas,Terangganu dan lawatan muhibah ke Politeknik Kota Bharu(PKB) dan Universiti Sains Malaysia(USM) Kampus Kesihatan, Kelantan. Seramai 15 orang staf yang terdiri daripada Jawatankuasa Pemandu KIK, Fasilitator KIK, Unit Pengurusan Kualiti(UPL), Unit Latihan Industri(ULI) serta 22 orang pelajar yang terdiri daripada Kelab InnoCity@PSP dalam siri program KIK Jr.@ Pantai Timur telah mengikuti lawatan ini dan diketuai oleh Puan Kalsom Binti Sailan yang merupakan Ketua Jabatan JSKK mengetuai sesi lawatan ini. 


PETRONAS TERENGGANU


USM KUBANG KERIAN, KAMPUS KESIHATAN


POLITEKNIK KOTA BHARU